Malaysia legislation
Section 134
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 134
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 149
(2)
Seseorang juruaudit dalaman yang dilantik oleh pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful untuk menjalankan suatu audit dalaman bagi bukunya dan operasinya di bawah subseksyen (1) hendaklah, bagi maksud Bahagian ini disifatkan masing-masing sebagai seorang pegawai pemegang lesen bank
Islam atau pemegang lesen takaful dan hendaklah, pada setiap masa, tertakluk pada kehendak seksyen 139.
(3)
Sesuatu audit dalaman boleh dijalankan oleh mana-mana orang kecuali juruaudit luar bagi pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 135.
(4)
Seseorang juruaudit dalaman hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Lembaga jika, semasa perjalanan tugasnya sebagai seorang juruaudit dalaman bagi pemegang lesen bank
Islam atau pemegang lesen takaful, dia berpuas hati bahawa—
(a)
telah berlaku pelanggaran peruntukan Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful atau mana-mana pegawai atau pekerjanya; atau
Undang-Undang Malaysia 150
Akta 705
(b)
apa-apa ketidakteraturan yang memudaratkan kepentingan pemiutang pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful, atau, dalam hal pemegang lesen takaful, kepentingan pemunya polisi, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Juruaudit luar