Malaysia legislation
Section 135
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 135
(2)
Seseorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah menjalankan suatu audit akaun bagi entiti berlesen berkenaan dengan pengendalian perniagaannya dan hendaklah mengemukakan suatu laporan audit itu bersama dengan ulasannya tentang sistem perakaunan dan kawalan entiti berlesen kepada peserta entiti berlesen dan kepada Lembaga.
(3)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa penjelasan berhubung dengan auditnya sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(4)
Seseorang juruaudit hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Lembaga, jika, dalam perjalanan tugasnya sebagai seorang juruaudit entiti berlesen, dia berpuas hati bahawa—
(a)
terdapat pelanggaran peruntukan mana-mana Bahagian
Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh entiti berlesen atau mana-mana pekerjanya; atau
(b)
apa-apa ketidakteraturan yang memudaratkan kepentingan pemunya polisi (dalam hal entiti berlesen di bawah