Malaysia legislation

Section 136

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 136

(a)

mula mengendalikan apa-apa sistem pembayaran dalam, dari atau melalui Labuan; atau

(b)

jika orang itu telah mengendalikan apa-apa sistem pembayaran dalam, dari atau melalui Labuan sebaik sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, terus mengendalikan sistem itu, melainkan jika dia telah mengemukakan untuk kelulusan Lembaga, skim pengendalian sistem pembayaran itu dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau dokumen lain yang berhubungan dengan hak, kewajipan dan liabiliti orang yang menyertai sistem pembayaran itu dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada

Lembaga untuk mengendalikan sistem pembayaran itu.

(2)

Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1),

Lembaga boleh menghendaki orang yang berkehendakkan kebenaran itu untuk mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat dan butir-butir lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu atau dengan orang yang berkehendakkan kebenaran itu, atau dengan orang yang sedang atau yang akan menyertai sistem pembayaran itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan juga boleh membuat apa-apa pemeriksaan premis, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen, akaun dan transaksi lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu sebagaimana yang didapati wajar oleh Lembaga.

(3)

Lembaga boleh meluluskan atau menolak sesuatu skim yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dan kaedah-kaedah, kontrak, undang-undang kecil atau dokumen lain yang berhubungan dengan skim itu dan dikemukakan bersama dengan skim itu atau boleh meluluskan skim itu, tertakluk pada apa-apa ubah suaian dan

Undang-Undang Malaysia 152

Akta 705

pengubahan kepada skim itu, atau kepada mana-mana atau semua dokumen yang dikemukakan bersama dengannya, sebagaimana yang difikirkannya perlu, wajar atau suai manfaat, dan boleh apabila memberikan apa-apa kebenaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa sekatan, batasan, atau syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kebenaran yang diberikan, atau dalam apa-apa skim atau dokumen yang diluluskan, di bawah subseksyen (3), mana-mana orang yang dibenarkan di bawah subseksyen itu hendaklah mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan sistem pembayaran, dan jika terdapat apa-apa konflik atau ketidakselarasan antara terma kebenaran itu atau apa-apa jua dalam skim itu atau dalam apa-apa dokumen itu dengan peraturan-peraturan sedemikian, peruntukan peraturan-peraturan itu hendaklah mengatasi dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya.

(5)

Semasa suatu kebenaran di bawah subseksyen (3) sedang berkuat kuasa, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa premis, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen, akaun atau transaksi lain yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu.

(6)

Lembaga boleh pada bila-bila masa, selepas memberi orang yang dibenarkan di bawah subseksyen (3) peluang yang munasabah untuk membuat representasi, membatalkan atau menggantung, atau meminda apa-apa jua yang terkandung dalam, sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen itu.

(7)

Dalam membuat apa-apa pembatalan di bawah subseksyen (6),

Lembaga boleh memasukkan kehendak yang bersifat berdampingan, berkaitan atau bersampingan untuk dipatuhi oleh orang yang kebenarannya hendak dibatalkan atau oleh mana-mana orang yang menyertai sistem itu, dan dalam membuat apa-apa penggantungan di bawah subseksyen itu, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak yang disifatkannya perlu atau suai manfaat.

(8)

Mana-mana orang yang kebenarannya dibatalkan atau digantung di bawah subseksyen (6) hendaklah dengan serta-merta berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang berkenaan dengannya kebenaran itu telah dibatalkan atau digantungkan.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 153

(9)

Untuk mengelakkan keraguan, tiada institusi berlesen Islam

Labuan boleh diberi kelulusan untuk mengendalikan apa-apa sistem pembayaran di bawah seksyen ini.

Akaun dan rekod