Malaysia legislation

Section 137

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 137

(2)

Tiap-tiap entiti berlesen dan pengarahnya hendaklah menyebabkan catatan yang sewajarnya dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain entiti berlesen itu dalam tempoh enam puluh hari selepas selesainya transaksi yang berhubungan dengannya.

(3)

Menjadi wajib bagi rekod perakaunan dan rekod lain entiti berlesen disimpan di pejabat berdaftar entiti berlesen itu atau di mana-mana tempat di Labuan yang difikirkan patut oleh pengarah entiti berlesen itu dan hendaklah pada setiap masa terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pengarah dan hendaklah disimpan mengikut cara bagi membolehkan rekod-rekod itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.

(4)

Lembaga boleh, dalam mana-mana hal tertentu, mengarahkan supaya rekod perakaunan atau rekod lain sesuatu entiti berlesen dibuka untuk pemeriksaan juruaudit yang bertindak bagi pihak seseorang pengarah, tetapi hanya atas suatu aku janji bertulis yang diberikan kepada Pengarah itu bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit semasa pemeriksaannya tidak boleh didedahkan kepadanya kecuali kepada pengarah itu.

(5)

Mana-mana pengarah sesuatu entiti berlesen yang tidak mengambil segala langkah munasabah untuk memastikan pematuhan kehendak seksyen ini oleh entiti berlesen itu, atau seorang pengarah yang, dengan tindakan sengajanya, telah menyebabkan keingkaran oleh entiti berlesen itu di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 154

Akta 705

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “rekod perakaunan dan rekod lain” hendaklah termasuk, jika berkenaan, yang berikut:

(a)

semua jumlah wang yang diterima dan dibelanjakan oleh entiti berlesen dan perkara-perkara yang berkenaan dengannya penerimaan dan perbelanjaan itu telah dibuat;

(b)

semua jualan dan belian barangan oleh entiti berlesen itu;

(c)

aset dan liabiliti entiti berlesen itu; dan

(d)

semua buku dan rekod yang berkaitan yang ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Walau apa pun subseksyen (3), Lembaga boleh secara bertulis membenarkan sesuatu entiti berlesen untuk menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain di luar Labuan dengan syarat bahawa entiti berlesen itu hendaklah juga menyenggarakan akaun dan rekod yang menunjukkan kedudukan kewangannya dengan semunasabahnya tepat dan akaun dan rekod itu dikemaskinikan sekali dalam tiap-tiap enam bulan.

Pemeriksaan dan penelitian buku dan dokumen entiti berlesen

Section 137 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010