Malaysia legislation
Section 139
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 139
(a)
dana bersama Islam di bawah Bahagian IV;
(b)
mana-mana pelanggan pemegang lesen bank Islam di bawah Bahagian VI;
(c)
mana-mana pemunya polisi di bawah Bahagian VII;
(d)
organisasi kawal selia sendiri Islam yang ditubuhkan di bawah Bahagian XI;
(e)
mana-mana entiti berlesen di bawah Akta ini.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
(a)
apa-apa penzahiran yang dikehendaki dengan sah di sisi undang-undang di bawah seksyen 28b Akta Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 atau di bawah seksyen 22 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990
[Akta 445];
(b)
apa-apa penzahiran yang dikehendaki di bawah suatu perintah mahkamah yang dibuat melalui pemohon ex parte, dengan syarat bahawa orang yang menzahirkan maklumat yang berkenaan hendaklah memberitahu orang yang terjejas dengan perintah itu dan setelah pemberitahuan itu diterima, orang yang terjejas itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk mempertikaikan perintah itu atau sebaliknya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya;
Undang-Undang Malaysia 156
Akta 705
(c)
mengenai maklumat yang berhubungan dengan dana bersama
Islam di bawah Bahagian IV, dengan keizinan bertulis dana bersama Islam terlebih dahulu dan pelaburnya yang berkenaan;
(d)
mengenai maklumat yang berhubungan dengan pelanggan pemegang lesen bank Islam di bawah Bahagian VI, dengan keizinan bertulis pelanggan yang berkaitan atau wakil dirinya;
(e)
mengenai maklumat pemunya polisi di bawah Bahagian VII, dengan keizinan bertulis pemunya polisi yang berkaitan atau wakil dirinya atau semasa perjalanan peletakan perniagaan takaful semula; dan
(f)
mengenai maklumat yang berhubungan dengan entiti berlesen, dengan keizinan bertulis entiti berlesen yang berkaitan itu terlebih dahulu.
(3)
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan berlanggaran dengan subseksyen (1) boleh dengan apa-apa cara jua menzahirkan rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
(4)
Semua prosiding, kecuali prosiding jenayah, yang berhubungan dengan pelanggaran seksyen ini, hendaklah dimulakan dalam mana-mana Mahkamah di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa rayuan daripadanya, hendaklah, melainkan jika diperintahkan oleh
Mahkamah selainnya, didengar secara tertutup dan tiada butir mengenai prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa keizinan Mahkamah.
(5)
Tertakluk pada subseksyen (6), tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membataskan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Mahkamah atau hakimnya oleh Akta Buku Jurubank
(Keterangan) 1949 [Akta 33] atau melarang pematuhan perintah yang dibuat di bawah Akta itu.
(6)
Seksyen 7 Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 tidak terpakai bagi pemegang lesen bank Islam di bawah Bahagian VI, pengarahnya atau tawaran.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 157
(7)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kerahsiaan berhubung dengan Majlis Penyeliaan Syariah