Malaysia legislation
Section 13
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 13
“Sukuk bercagar” ertinya—
(a)
kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu; dan
(b)
berhubung dengan Sukuk, pengendorsan daripada seorang penasihat Syariah di bawah subseksyen (9).
(2)
(Dipotong oleh Akta A1655).
(3)
Seseorang pemohon hendaklah mengemukakan kepada
Lembaga apa-apa dokumen dan apa-apa maklumat lain berhubung dengan tawaran atau pelawaan itu mengikut apa-apa bentuk dan cara dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Lembaga.
(4)
Jika suatu permohonan telah dikemukakan kepada Lembaga di bawah seksyen ini, Lembaga boleh—
(a)
meluluskan sesuatu tawaran atau pelawaan dengan atau tanpa pengubahan dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut; atau
(b)
menolak sesuatu tawaran atau pelawaan.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 705
(5)
Tawaran atau pelawaan Sukuk yang berikut dikecualikan daripada kehendak untuk mendapatkan kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu di bawah subseksyen (1):
(a)
tawaran atau pelawaan sekuriti, jika—
(i)
tawaran atau pelawaan itu ditujukan kepada suatu kategori orang yang boleh dikenal pasti yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan secara langsung oleh orang yang membuat tawaran atau pelawaan itu atau oleh ejen yang dilantiknya; atau
(ii)
hanya anggota dalam kategori itu yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu dibuat merupakan orang yang boleh menerima tawaran atau pelawaan itu dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan, dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh;
(b)
tawaran atau pelawaan Sukuk, jika—
(i)
pelaburan kali pertama setiap pemegang Sukuk permulaan adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah mengenai tawaran atau pelawaan itu; atau
(ii)
pelaburan kali pertama setiap pemegang Sukuk permulaan adalah kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 35
(c)
tawaran atau pelawaan sekuriti dalam suatu dana bersama
Islam yang memenuhi kehendak dana bersama Islam di bawah Bahagian IV;
(d)
tawaran atau pelawaan sekuriti yang menurut suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu; dan
(e)
tawaran atau pelawaan sekuriti atau apa-apa kelas atau kategori sekuriti yang ditentukan oleh Lembaga.
(6)
Sebagai tambahan kepada pengecualian daripada kehendak bagi kelulusan Lembaga di bawah subseksyen (5), tawaran atau pelawaan Sukuk di bawah pèrenggan (5)(b) dikecualikan daripada kehendak bagi pengendorsan penasihat Syariah di bawah subseksyen (9).
(7)
Seksyen 27, 28, 29, 30 dan 31 tidak terpakai bagi tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen (5).
(8)
Apa-apa ketentuan atau ketentuan-ketentuan yang dibuat di bawah perenggan (5)(e) hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat, sekatan atau had sebagaimana yang dikenakan oleh Lembaga.
(9)
Pengendorsan penasihat Syariah yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah termasuk pengesahan daripada penasihat
Syariah bahawa dokumentasi, penstrukturan, pelaburan serta perkara pentadbiran dan operasi lain berhubung dengan Sukuk itu mematuhi prinsip Syariah.
(10)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pernyataan palsu atau mengelirukan