Malaysia legislation

Section 144

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 144

(a)

Akta Syarikat Labuan 1990 hendaklah terpakai bagi—

(i)

pemegang lesen bank Islam di bawah Bahagian ini yang bukan pemegang lesen bank Islam

Malaysia; dan

(ii)

pemegang lesen takaful yang merupakan syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing; dan

*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.

**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 159

(b)

*Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai bagi—

(i)

pemegang lesen bank Islam Malaysia yang merupakan pejabat sesuatu bank Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta itu; dan

(ii)

pemegang lesen takaful yang merupakan cawangan suatu pengendali takaful Malaysia.

(2)

Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaian mereka masing-masing bagi entiti berlesen masing-masing, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

(3)

Jika terdapat apa-apa kesukaran atau keraguan yang timbul dalam pemakaian subseksyen (1) berhubung dengan mana-mana pemegang lesen tertentu, atau apa-apa perkara atau hal keadaan tertentu, atau secara amnya, Lembaga boleh menyelesaikannya dengan mengeluarkan arahan secara bertulis.

Pemakaian Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996

Section 144 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010