Malaysia legislation

Section 147

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 147

(a)

Menteri;

(b)

Lembaga, mana-mana pegawai yang diberi kuasanya, ejen atau pekhidmat Lembaga;

(c)

mana-mana anggota, pegawai atau jawatankuasa Lembaga;

(d)

Majlis Penyeliaan Syariah; dan

(e)

mana-mana orang lain yang menurut undang-undang bertindak bagi pihak, atau dengan mematuhi arahan,

Lembaga, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau sebagai melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan Akta ini, atau apa-apa garis panduan, arahan, nasihat atau apa-apa jua benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198], dan bagi maksud Akta itu, tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam atau seseorang yang diambil kerja atau diambil khidmat bagi melaksanakan tugas awam.

(3)

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai,

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 161

pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa tindakan, keabaian, keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat olehnya atas sifat sedemikian.

Penalti am