Malaysia legislation

Section 149

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 149

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana orang yang, pada semasa berlakunya kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian—

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah memberi perhatian kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan

Undang-Undang Malaysia 162

Akta 705

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Fi tahunan dan lesen