Malaysia legislation
Section 151
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 151
Sekiranya apa-apa perbuatan atau langkah dikehendaki atau dibenarkan dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan tiada bentuk ditetapkan atau tatacara dinyatakan sama ada dalam
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, permohonan boleh dibuat kepada Lembaga untuk arahan tentang cara perbuatan atau langkah itu boleh dilakukan atau diambil, dan apa-apa perbuatan atau langkah yang dilakukan atau diambil mengikut arahannya hendaklah menjadi pelaksanaan yang sah bagi perbuatan atau langkah itu.