Malaysia legislation

Section 152

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 152

Salah nyataan

(a)

dengan sengaja atau dengan melulu membuat sesuatu salah nyataan dalam apa-apa dokumen atau bahan atau rekod yang dikehendaki supaya difailkan, diberikan atau dihantar di bawah Akta ini;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 163

(b)

membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini yang diketahuinya palsu atau mengelirukan;

(c)

dengan diketahuinya tidak mendedahkan apa-apa fakta atau maklumat yang dikehendaki supaya didedahkan di bawah Akta ini; atau

(d)

mempunyai jagaan ke atas atau mempunyai milikan atau kawalan, secara bersendirian atau bersama seorang lain atau bersama beberapa orang lain, apa-apa maklumat, rekod, buku atau dokumen lain yang disebut dalam peruntukan Akta ini enggan atau dengan sengaja abai untuk mematuhi apa-apa arahan sah di sisi undang-undang yang diberikan di bawah peruntukan sedemikian, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penguatkuasaan