Malaysia legislation
Section 153
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 153
(a)
sesuatu entiti berlesen tidak solven atau berkemungkinan menjadi tidak boleh memenuhi kesemua atau mana-mana obligasinya atau hampir menggantung pembayaran pada apa-apa takat;
(b)
apa-apa entiti berlesen, pegawai prinsipalnya, pegawainya atau mana-mana orang seumpamanya yang lain yang menjalankan perniagaan mengikut cara yang Lembaga semunasabahnya mempercayai sebagai memudaratkan kepentingan benefisiari, pelabur, pemiutang atau mana-mana pihak berkepentingan seumpamanya yang lain; atau
(c)
apa-apa entiti berlesen, pegawai prinsipalnya, pegawainya atau mana-mana orang seumpamanya yang lain telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa,
Undang-Undang Malaysia 164
Akta 705
Lembaga boleh—
(A)
jika berkenaan, mengenakan terma, syarat, sekatan atau batasan baharu atau tambahan ke atas operasi entiti berlesen itu atau mengubah atau membatalkan apa-apa terma, syarat, sekatan atau batasan yang telah dikenakan;
(B)
menghendaki penyingkiran mana-mana pegawai prinsipal entiti berlesen, pegawai atau mana-mana orang seumpamanya yang lain oleh seorang lain yang diluluskan oleh Lembaga;
(C)
melantik seseorang, bagi pihak Lembaga, untuk mengambil alih kawalan ke atas hal ehwal entiti berlesen itu; atau
(D)
memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh
Lembaga untuk melindungi kepentingan benefisiari, pelabur, pemiutang atau mana-mana pihak berkepentingan seumpamanya yang lain bagi entiti berlesen itu.
(2)
Lembaga boleh membawa tindakan dan memulakan prosiding bagi menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini atau bagi mendapatkan fi atau jumlah wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta ini atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam urusan menjalankan obligasinya di bawah Akta ini.
Kuasa untuk mengkompaun