Malaysia legislation
Section 159
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 159
Menteri boleh, atas syor Lembaga, mengecualikan mana-mana entiti berlesen yang dikawal selia di bawah Akta ini atau mana-mana orang atau mana-mana kelas orang atau mana-mana kelas pemegang lesen atau entiti yang dikawal selia di bawah Akta ini daripada mana-mana peruntukan Akta ini dan boleh, dalam memberikan pengecualian sedemikian, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 167