Malaysia legislation
Section 160
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 160
Penyiaran pemberitahuan, Warta
Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga hendaklah, sama ada sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam peruntukan atau jika tiada jangka masa dinyatakan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan pemberitahuan, termasuklah pemberitahuan Warta, tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis sedemikian tidak boleh dengan apa-apa cara menyentuh kesahan kandungan, pemberitahuan atau perintah yang dibuat dalamnya.