Malaysia legislation
Section 161
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 161
Kecualian dan peralihan
(2)
Tiap-tiap arahan, notis, garis panduan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga atau Menteri di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan
Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan berkuat kuasa dengan serta-merta sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan dengan sah di bawah Akta ini berhubung dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diuruskan dalam arahan, notis, garis panduan atau pekeliling itu dan hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan sehingga ia dipinda, dihapuskan atau dimansuhkan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 168
Akta 705
(3)
Mana-mana permohonan bagi sesuatu kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa maksud lain jua pun atau apa-apa rayuan yang berhubungan dengan permohonan itu yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada Lembaga di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan
Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, dan masih belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan dalam
Akta ini, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika tiada terdapat peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
(4)
Semua transaksi atau urusan yang disempurnakan atau dibuat dengan sah, dan semua urusan yang dilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan
Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh seseorang yang diluluskan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Islam di Labuan sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, dengan mana-mana orang lain, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah, di bawah dan mengikut Akta ini, dan oleh yang demikian, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi atau urusan itu, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan terus sah menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini.
(5)
Semua prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah dan perjanjian, kontrak atau mana-mana perkiraan yang mengikat di sisi undang-undang lain yang dibuat oleh Lembaga, sebelum permulaan kuat kuasa Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan
Labuan (Pindaan) 2008 [Akta A1337], hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga.
(6)
Bagi mengelakkan keraguan, perubahan nama Lembaga tidak boleh menyentuh identiti Lembaga atau apa-apa hak atau kewajipan Lembaga atau menjadikan cacat apa-apa prosiding oleh atau terhadap Lembaga, dan mana-mana prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga dengan nama lamanya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga dengan nama baharunya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 169
(7)
Majlis Penasihat Syariah Lembaga yang sedia ada yang dilantik oleh Lembaga hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sah dan hendaklah terus melaksanakan fungsi yang baginya ia dilantik sehingga suatu Majlis Penyeliaan Syariah dilantik mengikut seksyen 7.
(8)
Apa-apa garis panduan, arahan, panduan, nasihat, notis atau pekeliling yang dikeluarkan atau apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan oleh Lembaga berhubung dengan perniagaan perbankan Islam Labuan, perniagaan takaful Labuan atau apa-apa perniagaan lain yang mematuhi prinsip Syariah dan diselia dan dikawal selia oleh Lembaga hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau dilakukan dengan sah.
Undang-Undang Malaysia 170
Akta 705