Malaysia legislation
Section 19
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 19
(a)
ialah seorang pengarah pada masa pengeluaran prospektus itu;
(b)
membenarkan atau menyebabkan supaya dirinya dinamakan dan telah dinamakan dalam prospektus sebagai seorang pengarah atau sebagai telah bersetuju untuk menjadi seorang pengarah sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat tempoh masa;
(c)
ialah seorang penaja perbadanan itu; atau
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 705
(d)
membenarkan atau menyebabkan supaya prospektus itu dikeluarkan.
(2)
Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), jika persetujuan pakar dikehendaki bagi pengeluaran sesuatu prospektus dan dia telah memberikan persetujuan itu, dia tidak boleh semata-mata oleh sebab persetujuan itu menjadi bertanggungan sebagai seorang yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu kecuali berkenaan dengan pernyataan yang tidak benar yang berupa sebagai dibuat olehnya sebagai seorang pakar, dan kemasukan dalam prospektus itu nama seseorang sebagai seorang pemegang amanah bagi pemegang Sukuk, juruaudit, jurubank, barrister, peguam bela atau peguam cara atau broker saham atau syer tidaklah boleh semata-mata kerana sebab itu sahaja ditafsirkan sebagai suatu kebenaran oleh orang itu bagi pengeluaran prospektus itu.
(3)
Tiada seorang pun boleh bertanggungan di bawah subseksyen (1)
jika dia membuktikan—
(a)
bahawa, setelah memberikan persetujuan untuk menjadi pengarah bagi perbadanan itu, dia telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa kebenaran atau persetujuannya;
(b)
bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan dia telah dengan serta-merta memberikan notis awam yang munasabah mengenainya setelah dia menyedari akan pengeluaran prospektus itu;
(c)
bahawa selepas pengeluaran prospektus itu dan sebelum pengumpukan atau penjualan di bawahnya, dia, setelah menyedari apa-apa pernyataan tidak benar dalam prospektus itu, telah menarik balik persetujuannya dan telah memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu dan mengenai sebab baginya; atau
(d)
bahawa—
(i)
berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang tidak berupa sebagai dibuat atas kebenaran seorang pakar atau suatu dokumen atau pernyataan rasmi awam, dia mempunyai
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 43
alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pengumpukan, penerbitan atau penjualan sekuriti itu bahawa pernyataan itu benar;
(ii)
berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang berupa sebagai suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pakar atau yang berdasarkan suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pakar atau yang terkandung dalam apa-apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada suatu laporan atau penilaian seorang pakar, ia benar-benar menggambarkan pernyataan itu, atau ialah suatu salinan benar dan bersih bagi suatu cabutan daripada laporan atau penilaian itu, dan dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pengeluaran prospektus itu, bahawa pakar yang membuat pernyataan itu berwibawa untuk membuatnya dan bahawa pakar itu telah memberikan persetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 18 bagi pengeluaran prospektus itu dan telah tidak menarik balik persetujuan itu sebelum suatu salinan prospektus itu dihantar serah untuk pendaftaran atau, pada pengetahuan orang itu, sebelum apa-apa pengumpukan, penerbitan atau penjualan di bawah prospektus itu; dan
(iii)
berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benar yang berupa sebagai suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai rasmi atau yang terkandung dalam apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada dokumen rasmi awam, ia suatu gambaran yang betul dan tepat mengenai pernyataan itu atau salinan atau cabutan daripada dokumen itu.
(4)
Subseksyen (3) tidak terpakai dalam hal seseorang yang bertanggungan, disebabkan dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen 18 sebagai seorang yang telah membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan suatu pernyataan tidak benar yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 705
(5)
Seseorang yang selain subseksyen ini akan menjadi bertanggungan di bawah subseksyen (1), disebabkan dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen 18, sebagai seorang yang telah membenarkan pengeluaran sesuatu prospektus berkenaan dengan suatu pernyataan yang tidak benar yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar tidak akan menjadi bertanggungan sedemikian jika dia membuktikan bahawa—
(a)
selepas memberikan persetujuannya di bawah seksyen 18
mengenai pengeluaran prospektus itu, dia telah menarik balik persetujuan itu secara bertulis sebelum suatu salinan prospektus itu diserahkan kepada Lembaga;
(b)
selepas suatu salinan prospektus itu diserahkan kepada
Lembaga dan sebelum penerbitan atau penjualan di bawah prospektus itu, dia, setelah menyedari pernyataan tidak benar itu, telah menarik balik persetujuannya secara bertulis dan telah memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu dan mengenai sebab baginya; atau
(c)
dia berwibawa untuk membuat pernyataan itu dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai sehingga masa penerbitan atau penjualan sekuriti itu bahawa pernyataan itu benar.
(6)
Jika—
(a)
sesuatu prospektus mengandungi nama seseorang sebagai pengarah suatu perbadanan, atau sebagai telah bersetuju untuk menjadi pengarah, dan dia tidak memberikan persetujuannya untuk menjadi pengarah, atau dia telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan telah tidak membenarkan atau memberikan persetujuannya bagi pengeluaran prospektus itu; atau
(b)
persetujuan seseorang dikehendaki di bawah seksyen 18
bagi pengeluaran prospektus dan dia sama ada telah tidak memberikan persetujuan itu atau telah menarik balik persetujuan itu sebelum pengeluaran prospektus itu,
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 45
pengarah syarikat itu kecuali mana-mana pengarah yang tanpa pengetahuan atau persetujuannya prospektus itu dikeluarkan, dan mana-mana orang lain yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu, bertanggungan untuk menanggung rugi orang yang dinamakan sedemikian atau yang persetujuannya dikehendaki sedemikian terhadap semua ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang dia mungkin bertanggungan disebabkan namanya telah dimasukkan dalam prospektus itu atau kemasukan suatu pernyataan yang berupa sebagai telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar dalam prospektus itu, atau dalam membela dirinya terhadap apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang dibawa terhadapnya berkenaan dengannya.
Liabiliti jenayah kerana pernyataan silap dalam prospektus