Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 21

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, suatu syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam hendaklah menjadi ejen sesuatu perbadanan yang menawarkan sekuriti menurut subseksyen 13(1) melalui syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu untuk menerima permohonan bagi penerbitan sekuriti dan hendaklah diperihalkan sedemikian dalam prospektus.

(3)

Segala wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti dalam sesuatu perbadanan hendaklah dibayar kepada syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam yang bertindak sebagai ejen bagi perbadanan itu, dan sementara menanti penerimaan amaun permohonan beli minimum oleh syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu, ia hendaklah memegang segala wang yang diterima olehnya atas amanah bagi pemohon itu, dan jika amaun permohonan beli minimum itu tidak diterima oleh syarikat amanah

Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu, syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank

Islam itu hendaklah, tertakluk pada apa-apa hak di bawah terma prospektus untuk memotong apa-apa kos dan caj yang terhutang kepadanya atau kepada Lembaga berkaitan dengan prospektus atau tawaran itu atau tindakannya sebagai broker dalam perkara itu, mengembalikan wang permohonan itu atau apa-apa perkadarannya sebagai baki selepas pemotongan dibuat, jika ada, mengikut terma prospektus itu kepada pemohon secara pro rata berdasarkan masing-masing amaun yang dibayar oleh mereka.

(4)

Apabila syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam yang bertindak sebagai ejen bagi suatu perbadanan menerima amaun permohonan beli minimum bagi pihak perbadanan itu, syarikat amanah Labuan, pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam itu hendaklah, tertakluk pada haknya untuk memotong saraan dan perbelanjaan yang sepatutnya daripada wang itu, memegang wang itu dan apa-apa wang permohonan selanjutnya sebagai ejen perbadanan itu.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 47

Larangan pengumpukan melainkan jika permohonan beli minimum diterima