Malaysia legislation
Section 22
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 22
(a)
permohonan beli minimum telah dimohon beli; dan
(b)
jumlah wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti yang dipohon beli itu telah diterima oleh perbadanan itu, tetapi jika suatu cek bagi jumlah wang yang kena dibayar itu telah diterima oleh perbadanan itu, jumlah wang itu hendaklah disifatkan tidak diterima oleh perbadanan itu sehinggalah cek itu dibayar oleh bank yang mengeluarkannya.
(2)
Permohonan beli minimum itu hendaklah—
(a)
dikira berdasarkan harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan; dan
(b)
dihitung tanpa mengira apa-apa amaun yang kena dibayar selain dengan wang tunai.
(3)
Amaun yang kena dibayar atas permohonan setiap sekuriti yang ditawarkan tidak boleh kurang daripada lima peratus daripada harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan.
(4)
Apa-apa syarat yang menghendaki atau yang mengikat mana-mana pemohon bagi sekuriti supaya menepikan pematuhan apa-apa kehendak seksyen ini adalah tidak sah.
(5)
Tiada perbadanan boleh menerbitkan atau mengumpukkan, dan tiada pegawai atau penaja sesuatu perbadanan boleh membenarkan atau mengizinkan supaya diterbitkan atau diumpukkan, sekuriti berdasarkan suatu prospektus selepas habis tempoh enam bulan dari pengeluaran prospektus itu.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 705
Wang permohonan hendaklah dipegang sebagai amanah sehingga penerbitan atau pengumpukan