Malaysia legislation
Section 26
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 26
(a)
mengecualikan pemegang amanah bagi pemegang Sukuk daripada liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 705
Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah;
(b)
menanggung rugi seseorang pemegang amanah bagi pemegang Sukuk terhadap liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah, melainkan jika terma, peruntukan atau waad itu—
(A)
melepaskan pemegang amanah itu daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan; atau
(B)
membolehkan suatu mesyuarat pemegang Sukuk untuk meluluskan pelepasan pemegang amanah daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(B)—
(a)
suatu pelepasan diluluskan jika pemegang Sukuk yang mengundi bagi ketetapan itu memegang sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada nilai nominal Sukuk yang dipegang oleh semua pemegang Sukuk yang hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; dan
(b)
seseorang pemegang Sukuk hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu jika—
(i)
pemegang Sukuk itu hadir sendiri pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; atau
(ii)
jika proksi dibenarkan, pemegang Sukuk itu diwakili pada mesyuarat itu oleh seorang proksi dan proksi itu mengundi untuk ketetapan itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 51
Kewajipan pemegang amanah bagi pemegang Sukuk