Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 27

(a)

hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak aset syarikat peminjam dan setiap syarikat penjaminnya, yang ada atau mungkin ada, dengan cara Sukuk atau selainnya, mencukupi, atau mungkin akan atau menjadi mencukupi, untuk menjelaskan amaun prinsipal Sukuk jika dan apabila hutang itu kena dibayar;

(b)

hendaklah memuaskan hatinya bahawa setiap prospektus yang berhubungan dengan Sukuk itu tidak mengandungi apa-apa perkara yang tidak selaras dengan terma Sukuk itu atau dengan surat ikatan amanah yang berkaitan;

(c)

hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjaminnya telah melakukan apa-apa pelanggaran waad, terma dan peruntukan Sukuk atau surat ikatan amanah itu;

(d)

kecuali jika ia berpuas hati bahawa pelanggaran waad, terma dan peruntukan Sukuk itu atau surat ikatan amanah itu tidak akan memudaratkan secara material cagaran, jika ada, bagi Sukuk atau kepentingan pemegang Sukuk, hendaklah mengambil segala langkah dan melakukan semua perkara yang ia diberi kuasa untuk melakukan untuk menyebabkan syarikat peminjam itu dan mana-mana syarikat penjaminnya meremedikan apa-apa pelanggaran waad, terma dan peruntukan itu;

(e)

jika syarikat peminjam atau mana-mana syarikat penjaminnya, apabila dikehendaki oleh pemegang amanah itu, tidak meremedikan apa-apa pelanggaran waad, terma dan peruntukan Sukuk itu atau surat ikatan amanah itu, hendaklah membentangkan perkara itu pada mesyuarat pemegang Sukuk, mengemukakan apa-apa cadangan bagi melindungi pelaburan mereka sebagaimana yang difikirkan perlu dan sesuai oleh pemegang amanah itu dan mendapatkan arahan pemegang Sukuk berhubung dengannya; dan

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 705

(f)

jika syarikat peminjam mengemukakan kepada pemegang

Sukuk itu suatu kompromi atau perkiraan, hendaklah memberikan kepada mereka suatu pernyataan yang menerangkan kesan kompromi atau perkiraan itu dan, jika difikirkannya patut, mengesyorkan kepada mereka suatu perjalanan tindakan yang sesuai untuk diambil oleh mereka berhubung dengannya.

(2)

Jika, selepas siasatan wajar, pemegang amanah bagi pemegang Sukuk pada bila-bila masa berpendapat bahawa aset syarikat peminjam dan aset mana-mana syarikat penjaminnya yang ada atau sepatutnya ada, sama ada sebagai cagaran atau selainnya, tidak mencukupi atau mungkin tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun prinsipal Sukuk apabila ia menjadi kena dibayar, pemegang amanah itu boleh menyerahkan suatu permohonan mengikut bentuk yang ditentukan kepada Lembaga untuk mendapatkan suatu arahan di bawah subseksyen ini dan

Lembaga boleh, atas permohonan itu, selepas memberi syarikat peminjam itu suatu peluang untuk membuat representasi berhubung dengan permohonan itu, melalui arahan bertulis yang disampaikan kepada syarikat peminjam itu di pejabat berdaftarnya di Labuan, mengenakan apa-apa sekatan ke atas aktiviti syarikat peminjam itu, termasuk sekatan mengenai pengiklanan bagi mendapatkan deposit atau pinjaman dan mengenai peminjaman oleh syarikat peminjam itu, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi melindungi kepentingan pemegang Sukuk, atau Lembaga boleh, dan jika syarikat peminjam itu menghendaki sedemikian hendaklah, mengarahkan pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu untuk menyerahkan suatu permohonan kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4) dan pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu hendaklah memohon dengan sewajarnya.

(3)

Jika—

(a)

selepas siasatan wajar, pemegang amanah bagi pemegang

Sukuk pada bila-bila masa berpendapat bahawa aset syarikat peminjam itu dan aset mana-mana syarikat penjaminnya yang ada atau sepatutnya ada tidak mencukupi, atau mungkin tidak akan mencukupi, bagi menjelaskan amaun prinsipal Sukuk apabila ia kena dibayar; atau

(b)

syarikat peminjam itu telah melanggar atau tidak mematuhi sesuatu arahan yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2),

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 53

pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu boleh, dan jika syarikat peminjam itu telah meminta pemegang amanah bagi pemegang

Sukuk berbuat demikian, pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu hendaklah, memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4).

(4)

Jika suatu permohonan diserahkan oleh pemegang amanah bagi pemegang Sukuk kepada Mahkamah di bawah subseksyen (2)

atau (3), Mahkamah, selepas memberi syarikat peminjam itu peluang untuk didengar, boleh, melalui perintah, melakukan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu:

(a)

mengarahkan pemegang amanah bagi pemegang Sukuk supaya memanggil suatu mesyuarat pemegang Sukuk bagi maksud membentangkan di hadapan mereka apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kepentingan mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai oleh pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu dan bagi maksud mendapatkan arahan mereka berhubung dengannya, dan memberikan apa-apa arahan berhubung dengan penjalanan mesyuarat itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah;

(b)

menggantung kesemua atau apa-apa tindakan atau prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah oleh atau terhadap syarikat peminjam itu;

(c)

menghalang pembayaran apa-apa wang oleh syarikat peminjam itu kepada pemegang Sukuk syarikat peminjam itu atau kepada mana-mana kelas pemegang itu;

(d)

melantik seorang penerima bagi mana-mana harta yang menjadi cagaran, jika ada, bagi Sukuk itu atau mana-mana bahagiannya; atau

(e)

memberikan apa-apa arahan lanjut dari semasa ke semasa sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan pemegang Sukuk, anggota syarikat peminjam itu atau mana-mana syarikat penjaminnya atau orang awam, tetapi dalam membuat apa-apa perintah sedemikian,

Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada hak kesemua pemiutang syarikat peminjam itu.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 705

(5)

Mahkamah boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) sebagaimana yang difikirkannya patut.

(6)

Seseorang pemegang amanah bagi pemegang Sukuk dalam membuat apa-apa permohonan kepada Lembaga atau Mahkamah, hendaklah mengambil kira sifat dan jenis cagaran yang diberikan semasa Sukuk itu ditawarkan menurut subseksyen 13(1), dan, jika tiada cagaran diberikan, hendaklah mengambil kira kedudukan pemegang Sukuk sebagai pemiutang tidak bercagar syarikat peminjam itu.

(7)

Seseorang pemegang amanah bagi pemegang Sukuk boleh bergantung pada apa-apa perakuan, laporan yang diberikan atau pernyataan yang dibuat oleh mana-mana peguam bela, juruaudit atau pegawai syarikat peminjam atau syarikat penjamin itu jika pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu mempunyai alasan yang munasabah itu bagi mempercayai bahawa peguam bela, juruaudit atau pegawai itu adalah berwibawa untuk memberikan atau membuat perakuan, laporan atau pernyataan itu.

Obligasi pengarah syarikat peminjam

Section 27 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010