Malaysia legislation
Section 28
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 28
(a)
pada akhir sesuatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan yang berakhir pada hari—
(i)
yang tidak lewat daripada tarikh prospektus yang berkaitan, jika berkenaan; atau
(ii)
tarikh Sukuk diterbitkan menurut surat ikatan amanah yang pemegang amanah bagi pemegang
Sukuk syarikat peminjam dikehendaki memberitahu syarikat peminjam itu secara bertulis; dan
(b)
pada akhir setiap tempoh yang berikutnya selepas itu, yang merupakan suatu tempoh tiga bulan atau apa-apa masa yang lebih singkat yang dibenarkan oleh pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu dalam apa-apa hal keadaan yang khas,
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 55
menyediakan suatu laporan yang berkaitan dengan tempoh itu dan mematuhi kehendak subseksyen (3) dan, dalam masa tiga puluh hari selepas berakhirnya setiap tempoh itu, menyerahkan suatu salinan laporan yang berhubungan dengan tempoh itu kepada
Lembaga dan kepada pemegang amanah itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(3)
Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua orang pengarah bagi pihak kesemua pengarah dan hendaklah menyatakan secara terperinci apa-apa perkara yang memudaratkan cagaran atau kepentingan pemegang Sukuk dan, tanpa menyentuh keluasan yang terdahulu, hendaklah menyatakan—
(a)
sama ada atau tidak had amaun yang syarikat peminjam itu boleh meminjam telah dilampaui;
(b)
sama ada atau tidak syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penjaminnya telah menuruti dan melaksanakan kesemua waad dan peruntukan yang mengikat mereka masing-masing melalui atau menurut Sukuk atau apa-apa surat ikatan amanah;
(c)
sama ada atau tidak apa-apa kejadian telah berlaku yang menyebabkan atau boleh menyebabkan Sukuk atau apa-apa peruntukan surat ikatan amanah yang berkaitan menjadi boleh dikuatkuasakan dan, jika demikian, butir-butir mengenai kejadian itu;
(d)
sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan yang menyentuh syarikat peminjam itu, subsidiarinya atau syarikat penjaminnya atau mana-mana daripadanya telah berlaku yang secara material menjejaskan apa-apa cagaran atau gadaian yang diwujudkan oleh Sukuk atau apa-apa surat ikatan amanah dan, jika demikian, butir-butir mengenai hal keadaan itu;
(e)
sama ada atau tidak telah terdapat apa-apa perubahan substansial pada jenis perniagaan syarikat peminjam itu atau mana-mana subsidiarinya atau mana-mana syarikat penjaminnya sejak Sukuk itu mula-mula diterbitkan
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 705