Malaysia legislation
Section 30
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 30
(2)
Jika ternyata pada seseorang pemegang amanah bagi pemegang Sukuk yang kepadanya suatu laporan diberikan oleh
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 59
syarikat peminjam bahawa maksud atau projek itu telah tidak tercapai atau disempurnakan dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus yang dalamnya maksud atau projek itu hendak dicapai atau disempurnakan atau, jika tiada masa dinyatakan, maka dalam masa yang munasabah, pemegang amanah bagi pemegang
Sukuk itu boleh, dan, jika pada pendapatnya adalah perlu untuk melindungi kepentingan pemegang Sukuk itu, pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu hendaklah memberikan notis bertulis kepada syarikat peminjam itu menghendakinya membayar wang yang telah diterima itu sedemikian oleh syarikat peminjam itu dan, dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan, menyerahkan suatu salinan notis itu kepada Lembaga.
(3)
Pemegang amanah bagi pemegang Sukuk tidak boleh memberikan notis menurut subseksyen (2) jika ia berpuas hati bahawa—
(a)
maksud atau projek itu telah sebahagian besarnya tercapai atau disempurnakan;
(b)
kepentingan pemegang Sukuk itu telah tidak termudarat secara material oleh kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu atau dalam masa yang munasabah;
atau
(c)
kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu disebabkan oleh hal keadaan, selain kekurangan wang, yang di luar kawalan syarikat peminjam itu yang semunasabahnya tidak dapat diramalkan oleh syarikat peminjam itu pada masa prospektus itu dikeluarkan.
Penahanan terbitan Sukuk terpohon beli berlebihan