Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 31

(a)

bahawa syarikat itu secara nyata mempunyai hak untuk menerima atau menahan terpohon beli berlebihan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 705

(b)

suatu had ke atas amaun terpohon beli berlebihan yang boleh diterima atau ditahan.

(2)

Tertakluk pada mana-mana peraturan, jika sesuatu syarikat peminjam menyatakan dalam suatu prospektus yang berhubungan dengan suatu terbitan Sukuk bahawa ia mempunyai hak untuk menerima atau menahan terpohon beli berlebihan—

(a)

syarikat peminjam itu tidak boleh membuat, membenarkan atau mengizinkan apa-apa pernyataan atau rujukan tentang sandaran aset bagi terbitan itu dibuat atau dikandungkan dalam mana-mana prospektus yang berhubungan dengan terbitan itu, selain suatu pernyataan atau rujukan kepada jumlah aset dan jumlah liabiliti syarikat peminjam itu dan syarikat penjaminnya, jika ada; dan

(b)

prospektus itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan atau rujukan tentang jumlah aset dan jumlah liabiliti syarikat peminjam itu jika terpohon beli berlebihan pada had yang ditentukan dalam prospektus itu diterima atau ditahan.

(3)

Mana-mana syarikat peminjam yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.