Malaysia legislation
Section 35
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 35
Jika sesuatu memorandum maklumat atau dokumen tawaran lain diserahkan oleh dana persendirian Islam kepada Lembaga di bawah seksyen 34, baik Lembaga mahupun mana-mana pegawainya atau pekerjanya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesilapan, pernyataan silap atau peninggalan walau apa jua jenis yang terdapat dalamnya.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 63