Malaysia legislation
Section 37
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 37
(a)
suatu pernyataan yang menyatakan ruang lingkup dan jenis perniagaan yang hendak dijalankan oleh pemohon dalam atau dari dalam Labuan;
(b)
surat cara yang melaluinya pemohon ditubuhkan atau apa-apa bukti lain yang dikehendaki oleh Lembaga supaya
Lembaga berpuas hati bahawa pemohon itu ditubuhkan dengan sah di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan Labuan atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;
(c)
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
(i)
alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya bagi penyampaian yang berhubungan dengan
Labuan;
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 705
(ii)
nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon itu dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya;
(iii)
alamat tempat perniagaan pemohon di luar Labuan;
dan
(iv)
nama, alamat dan pengalaman berkaitan pengarah dana Islam;
(d)
suatu perisytiharan yang ditandatangani oleh pengarah dana Islam yang memohon mengenai hal sulit dan rahsia;
dan
(e)
jika ada, suatu salinan prospektus, sama ada berbentuk draf atau muktamad, bagi dana awam Islam itu.
(2)
Dana awam Islam atau dana awam Islam yang dicadangkan itu hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(3)
Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berkenaan dengan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga di bawah subseksyen (1), pemohon, selepas dibenarkan pendaftaran atau penerimaan bersyarat, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas perubahan itu berlaku menyerahkan kepada Lembaga suatu notis yang menyatakan perubahan itu.
Kuasa untuk membenarkan atau enggan membenarkan pendaftaran dana awam Islam