Malaysia legislation
Section 39
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 39
(a)
mendaftarkan dana awam Islam itu dalam daftar yang disenggarakan di bawah Bab 6 Bahagian ini; dan
(b)
mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada dana awam Islam itu.
(2)
Jika Lembaga membenarkan penerimaan bersyarat di bawah perenggan 38(1)(b), penaja dana awam Islam yang dicadangkan itu hendaklah, sebelum habis tempoh penerimaan bersyarat itu atau tempoh penerimaan bersyarat yang diperbaharui itu menghantar kepada Lembaga—
(a)
penerimaan bersyarat daripada Lembaga;
(b)
bukti yang memuaskan hati Lembaga bahawa dana awam
Islam yang dicadangkan itu telah ditubuhkan dengan sah di Labuan atau mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf; dan
(c)
maklumat yang disebut dalam subseksyen 37(1).
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 705
(3)
Jika Lembaga berpuas hati bahawa dana awam Islam yang dicadangkan yang disebut dalam subseksyen (2) telah mematuhi kehendak subseksyen itu, Lembaga boleh membenarkan pendaftaran dana awam Islam itu.
(4)
Jika Lembaga membenarkan pendaftaran di bawah subseksyen (3), Lembaga hendaklah mendaftarkan dana awam Islam itu dalam daftar yang disenggarakan di bawah Bab 6 Bahagian ini dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran.
Prospektus yang berhubungan dengan dana awam Islam