Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 41

(2)

Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh memilih untuk menggunakan hak tindakan—

(a)

bagi pembatalan pembelian itu; atau

(b)

bagi ganti rugi,

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 67

bersesama atau berasingan terhadap dana awam Islam dan tiap-tiap orang yang, walaupun sedar tentang salah nyataan itu, menandatangani prospektus itu atau pindaan kepada prospektus itu dan menyetujui penerbitan dan penyerahannya atau menyebabkan prospektus atau pindaan prospektus itu ditandatangani atau diterbitkan dan difailkan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “salah nyataan” ertinya—

(a)

apa-apa pernyataan yang tidak benar atau mengelirukan tentang apa-apa perkara yang dikehendaki supaya didedahkan di bawah subseksyen (1); atau

(b)

sesuatu peninggalan untuk mendedahkan mana-mana perkara itu.

(4)

Tiada seorang pun bertanggungan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan bahawa pembeli itu membeli syer yang ditawarkan oleh prospektus itu atau pindaan kepada prospektus itu dengan mengetahui tentang salah nyataan itu.

(5)

Hak tindakan bagi pembatalan atau ganti rugi yang diberikan oleh subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hak lain yang dipunyai oleh pihak yang terkilan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Batasan

Section 41 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010