Malaysia legislation
Section 45
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 45
(a)
seorang yang termasuk dalam subseksyen 40(1) atau (2)
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dan telah memperoleh kelulusan Lembaga terlebih dahulu; atau
(b)
pemegang lesen bank Islam.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 69
(2)
Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pentadbir dana awam Islam melainkan jika orang itu merupakan—
(a)
seorang yang termasuk dalam subseksyen 41(1)
atau (2) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010 dan telah memperoleh kelulusan Lembaga terlebih dahulu;
(b)
pemegang lesen bank Islam; atau
(c)
pemegang lesen sekuriti Islam di bawah Bahagian V.
(3)
Seseorang pengurus dana atau pentadbir dana yang masing-masing menjalankan aktiviti pengurusan dana atau aktiviti pentadbir dana berhubung dengan dana persendirian Islam sahaja tidak dikehendaki dilesenkan di bawah Bahagian ini.
Kewajipan pengurus dana dan pentadbir dana bagi dana awam Islam