Malaysia legislation

Section 46

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 46

Seseorang pengurus dana atau pentadbir dana awam Islam dan pegawainya hendaklah, dalam menjalankan kuasa dan kewajipan mereka—

(a)

bertindak dengan jujur;

(b)

menggunakan tahap cermat dan usaha yang semunasabahnya dijangkakan pada seseorang dalam jawatan itu;

(c)

bertindak demi kepentingan pelabur dalam dana awam

Islam dan, jika terdapat percanggahan antara kepentingan pelabur dengan kepentingan mereka sendiri, memberi keutamaan kepada kepentingan pelabur itu;

(d)

melayan pelabur yang memegang kepentingan daripada kelas yang sama secara sama rata dan peserta yang memegang kepentingan daripada kelas yang berlainan dengan adil;

(e)

tidak menggunakan maklumat yang diperoleh melalui jawatannya sebagai pengurus dana, pentadbir dana atau pegawainya untuk—

(i)

mendapatkan kelebihan yang tidak wajar bagi diri mereka atau orang lain; atau

Undang-Undang Malaysia 70

Akta 705

(ii)

menyebabkan kemudaratan kepada pelabur dalam dana awam Islam;

(f)

memastikan bahawa semua pembayaran daripada harta dana awam Islam itu dibuat mengikut dokumen konstituen dana awam Islam itu, Akta ini dan mana-mana peraturan;

(g)

melaporkan kepada Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas dia menyedari akan apa-apa pelanggaran—

(i)

Akta ini dan mana-mana peraturan; atau

(ii)

dokumen konstituen dana awam Islam itu yang menyebabkan, atau berkemungkinan akan menyebabkan, kesan yang memudaratkan secara material kepada kepentingan pelabur; dan

(h)

mengambil tindakan berhati-hati yang munasabah untuk membuat dan menyimpan rekod yang mencukupi mengenai semua perkara, transaksi dan urus niaga, termasuk rekod perakaunan.

Kewajipan pengurus dana dan pentadbir dana di bawah undang-undang yang terpakai