Malaysia legislation

Section 48

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 48

Kewajipan tertentu pengurus dana bagi dana awam Islam

(a)

memastikan bahawa suatu perjanjian bertulis dibuat dengan setiap pelanggan sebelum transaksi dijalankan bagi pihak pelanggan;

(b)

memahami objektif pelaburan, arahan, profil risiko dan sekatan pelaburan setiap pelanggan, jika berkenaan, yang hendaklah dinilai semula dan dikemaskinikan sekurang-kurangnya setiap tahun;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 71

(c)

bersikap wajar dan teliti dalam, dan mempunyai asas yang munasabah dan mencukupi bagi, menyediakan dasar pelaburan atau syor pelaburan;

(d)

mendapatkan kelulusan setiap pelanggan mengenai dasar pelaburan atau syor pelaburan sebelum melaksanakannya;

(e)

memberikan maklumat lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan supaya dapat membuat keputusan pelaburan yang berdasarkan maklumat apabila meluluskan dasar pelaburan atau syor pelaburan itu;

(f)

mengelakkan apa-apa salah nyataan dalam mana-mana dasar pelaburan atau syor pelaburan; dan

(g)

memastikan bahawa terdapat wang dan harta yang cukup dalam akaun pelanggan untuk menjalankan transaksi.

(2)

Sesuatu perjanjian bertulis yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah meliputi antara lain, perkara yang berikut:

(a)

objektif pelaburan, sekatan pelaburan, profil risiko dan arahan pelanggan;

(b)

pemberitahuan mengenai apa-apa perubahan signifikan kepada dasar pelaburan atau syor pelaburan;

(c)

kaedah dan cara membuat laporan kepada pelanggan;

(d)

pemberikuasaan jelas mengenai pengurusan menurut budi bicara;

(e)

kekerapan laporan bertulis mengenai prestasi dan kajian semula wang atau harta pelanggan yang dibandingkan dengan penanda aras yang sesuai;

(f)

amaun fi dan caj yang kena dibayar oleh pelanggan;

(g)

niat pengurus dana untuk menerima, atau mengamalkan penerimaan, komisen mudah;

(h)

butir-butir mengenai perkiraan penjagaan; dan

(i)

apa-apa perkara lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Undang-Undang Malaysia 72

Akta 705

(3)

Pengurus dana yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan untuk mengasingkan aset pelanggan