Malaysia legislation

Section 49

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 49

(2)

Jika aset pelanggan yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya didepositkan ke dalam suatu akaun amanah diterima oleh pengurus dana di suatu tempat di luar Malaysia, pengurus dana itu boleh mendepositkan aset itu ke dalam suatu akaun amanah yang disenggarakannya di tempat itu.

(3)

Akaun amanah yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2)

hendaklah sentiasa disimpan berasingan daripada akaun pengurus dana, dan hendaklah ditandakan dalam buku pengurus dana yang berhubungan dengan setiap akaun pelanggan, supaya wang, harta atau balasan berharga lain itu tidak pada bila-bila masa pun membentuk sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am pengurus dana itu, dan semua pelaburan yang dibuat oleh syarikat itu sebagai pemegang amanah hendaklah ditetapkan bahawa amanah yang baginya pelaburan itu dipunyai boleh tersedia untuk dikenal pasti pada bila-bila masa.

(4)

Aset pelanggan yang dipegang dalam suatu akaun amanah tidak boleh digunakan bagi pembayaran liabiliti pengurus dana atau kena dibayar atau diambil dalam pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mahkamah bagi pembayaran liabiliti pengurus dana.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghapuskan atau menjejaskan apa-apa tuntutan atau lien sah yang dipunyai oleh mana-mana orang terhadap atau ke

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 73

atas apa-apa aset pelanggan yang dipegang dalam akaun amanah atau terhadap atau ke atas apa-apa aset pelanggan yang diterima bagi pembelian atau daripada penjualan sekuriti sebelum aset itu didepositkan ke dalam akaun amanah.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.