Malaysia legislation
Section 4
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 4
(2)
Jika seseorang pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, jika berkenaan, tidak lagi menjadi orang yang layak dan sesuai, entiti berlesen itu dan pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah itu, hendaklah dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan memberitahu Lembaga secara bertulis mengenainya, berserta dengan butir-butir mengenai perubahan itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 705
(3)
Dalam menentukan sama ada seseorang ialah orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengambil kira yang berikut:
(a)
integriti, kecekapan, kebolehan berfikiran dengan bijak dan kedudukan kewangan orang itu;
(b)
sama ada orang itu telah dihukum bankrap, di Malaysia atau di tempat lain;
(c)
sama ada orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah di Malaysia atau di tempat lain dan jika penalti yang dikenakan ialah pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada dengan sendirinya, atau sebagai tambahan kepada suatu denda; dan
(d)
apa-apa kriteria lain yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.
(4)
Seseorang berkewajipan untuk memberikan notis bertulis kepada Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai apa-apa kejadian material yang semunasabahnya boleh dijangkakan akan menjejaskan statusnya sebagai seorang yang layak dan sesuai.
(5)
Jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang tidak layak dan sesuai, Lembaga boleh menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atas sifatnya bagi entiti berlesen.
Perniagaan dalam, dari atau melalui Labuan