Malaysia legislation

Section 50

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 50

(2)

Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai penjaga suatu dana awam Islam melainkan jika orang itu ialah pemegang lesen bank, pemegang lesen bank Islam, atau suatu syarikat amanah Labuan, dengan syarat bahawa pemegang lesen bank itu hendaklah memperoleh kelulusan Lembaga terlebih dahulu.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang merupakan dan terus menjadi pemegang amanah atau penjaga dana awam

Islam yang berkelayakan dan diberi kuasa di bawah mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf dan telah menerima kebenaran bertulis daripada Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang amanah atau penjaga suatu dana awam Islam.

Kewajipan pemegang amanah atau penjaga dan pengarah di bawah undang-undang terpakai