Malaysia legislation
Section 53
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 53
(a)
dana persendirian Islam;
(b)
dana awam Islam; dan
(c)
pengurus dana dan pentadbir dana bagi dana awam Islam.
(2)
Daftar yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) boleh mengandungi—
(a)
maklumat yang dikehendaki berkenaan dengan setiap orang yang telah diberikan lesen atau dibenarkan pendaftaran atau yang telah menerima kebenaran bertulis di bawah
Akta ini;
(b)
tarikh lesen, pendaftaran atau kebenaran bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 75
(c)
tarikh lesen atau pendaftaran atau kebenaran bertulis itu dibatalkan.
(3)
Daftar yang dikehendaki disimpan menurut seksyen ini hendaklah mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(4)
Lembaga boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang, atas permintaan orang itu, suatu perakuan pematuhan mengikut apa-apa bentuk, apabila dibayar apa-apa fi, sebagaimana yang ditetapkan.
(5)
Tiada seorang pun yang menjalankan apa-apa kuasa atau menunaikan apa-apa kewajipan di bawah Bahagian ini boleh, dengan disedarinya, mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam mana-mana orang yang telah dilesenkan, didaftarkan atau diberikan kebenaran bertulis di bawah Bahagian ini.
Akaun dan audit