Malaysia legislation
Section 58
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 58
(2)
Pemberian lesen di bawah Bahagian ini boleh dibuat tertakluk pada apa-apa terma, syarat, batasan atau sekatan.
(3)
Kecuali dengan persetujuan bertulis Lembaga, tiada perubahan boleh dibuat berkenaan dengan identiti, tempat tinggal, domisil, pemunyaan atau pemegangan syer pemegang lesen sekuriti Islam dalam tempoh kuat kuasa lesen itu.
*CATATAN—Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] telah dipinda dan disebutkan sebagi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2014—lihat seksyen 3 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 [Akta A1467] dan P.U. (B) 400/2014.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 79
Bentuk lesen