Malaysia legislation
Section 5
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 5
Seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti di bawah Akta ini hendaklah menjalankan aktiviti itu hanya dalam, dari atau melalui Labuan kecuali dan melainkan bahawa sesuatu entiti berlesen boleh menjalankan perniagaan itu dalam Malaysia di luar Labuan sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini membenarkan mana-mana entiti berlesen menjalankan mana-mana aktiviti yang terkawal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, jika aktiviti yang terkawal itu dijalankan dalam Malaysia selain Labuan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 29