Malaysia legislation
Section 60
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 60
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“deposit” ertinya suatu jumlah wang yang diterima atau dibayar atas terma yang mematuhi prinsip Syariah—
(a)
yang di bawahnya ia akan dibayar atau dibayar balik, dengan atau tanpa keuntungan atau pada premium atau diskaun; atau
(b)
yang di bawahnya ia kena dibayar atau dibayar balik, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, dengan apa-apa balasan dalam bentuk wang atau yang boleh dinilai dengan wang, dan pembayaran atau pembayaran balik itu adalah sama ada atas permintaan atau pada masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 705
itu dan orang yang menerimanya, tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai pembiayaan, pendahuluan, pelaburan, simpanan, penjualan atau penjualan dan pembelian semula, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide—
(A)
dengan cara pendahuluan atau pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak bagi penjualan, penyewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan boleh dibayar balik hanya sekiranya harta atau perkhidmatan itu tidak atau pada hakikatnya tidak dijual, disewa atau selainnya disediakan;
(B)
dengan cara jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau dengan cara jaminan berkenaan dengan kerugian yang mungkin berlaku akibat ketaklaksanaan sesuatu kontrak;
(C)
tanpa menjejaskan perenggan (B), dengan cara jaminan bagi penghantaran atau pemulangan mana-mana harta, sama ada dalam keadaan pembaikan tertentu atau selainnya; dan
(D)
dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh orang lain, sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga;
“perniagaan kredit pembinaan Islam” ertinya perniagaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan yang mematuhi prinsip Syariah kepada mana-mana orang bagi maksud nyata pembelian harta tak alih, atau pembinaan, pembinaan semula atau pengubahsuaian apa-apa bangunan atau struktur lain, bagi maksud kediaman, komersial atau industri;
“surat cara terbitan komoditi Islam” termasuk, pada setakat yang surat cara itu bukan suatu surat cara kewangan terbitan, komoditi hadapan, komoditi depan, komoditi swap, komoditi opsyen, yang mematuhi prinsip Syariah, atau surat cara komoditi lain yang mempunyai ciri-ciri yang serupa, yang semunasabahnya boleh diselesaikan dengan tunai atau dengan sekuriti atau surat cara terbitan lain;
“perniagaan tanda kredit Islam” ertinya apa-apa perniagaan yang mematuhi prinsip Syariah, yang sesuatu tanda, iaitu suatu cek, kad, baucar, setem, buku kecil, kupon, borang atau dokumen atau benda lain diberikan atau dikeluarkan kepada seseorang, yang disebut sebagai “pelanggan”, oleh orang yang menjalankan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 81
perniagaan itu, yang disebut sebagai “pengeluar”, yang dengannya pengeluar itu mengaku janji bahawa—
(a)
atas pengeluaran tanda itu, sama ada atau tidak suatu tindakan lain juga dikehendaki, pengeluar itu hendaklah membekalkan wang tunai, barang atau perkhidmatan secara kredit; atau
(b)
jika, atas pengeluaran tanda kepada pihak ketiga, sama ada atau tidak apa-apa tindakan lain juga dikehendaki, pihak ketiga itu membekalkan barang, wang tunai atau perkhidmatan, pengeluar itu akan membayar pihak ketiga bagi barang, wang tunai atau perkhidmatan yang dibekalkan itu, sama ada atau tidak dengan menolak apa-apa diskaun atau komisen, sebagai balasan bagi pembayaran yang kena dibuat selepas itu kepada pengeluar oleh pelanggan, dan bagi maksud takrif ini, penggunaan tanda untuk mengendalikan suatu mesin yang disediakan oleh pengeluar atau pihak ketiga hendaklah dianggap sebagai pengeluaran tanda itu kepada orang yang menyediakan mesin itu;
“surat cara kewangan terbitan Islam” ertinya kontrak hadapan, ke depan, swap, atau opsyen yang mematuhi prinsip Syariah, atau surat cara kewangan lain yang mempunyai ciri-ciri yang serupa, tetapi tidak termasuk—
(a)
kesemua kunci kira-kira belum terima dan boleh dibayar, termasuk yang memperoleh nilainya atau secara kontrak menghendaki aliran tunai daripada harga suatu jaminan atau indeks lain, seperti jaminan bersandarkan gadai janji, obligasi keuntungan sahaja dan prinsipal sahaja, dan surat cara hutang terindeks, yang mematuhi prinsip Syariah; dan
(b)
ciri opsyen yang berada dalam kunci kira-kira belum terima atau boleh dibayar, seperti ciri penukaran dan peruntukan panggilan yang berada dalam Sukuk boleh tukar, yang mematuhi prinsip Syariah;
“surat cara terbitan Islam” ertinya suatu surat cara yang nilainya bergantung pada nilai dasar petunjuk atau aset seperti mata wang, sekuriti, komoditi atau surat cara terbitan lain, yang mematuhi prinsip Syariah dan termasuk suatu surat cara kewangan terbitan
Islam dan surat cara terbitan komoditi Islam;
Undang-Undang Malaysia 82
Akta 705
“perniagaan kewangan pembangunan Islam” ertinya perniagaan yang menyediakan modal atau kemudahan pembiayaan lain, yang mematuhi prinsip Syariah, atas terma yang menghendakinya digunakan bagi pembangunan perindustrian, pertanian, komersial atau ekonomi lain; dan bagi maksud takrif ini, “pembangunan”
termasuklah permulaan apa-apa usaha niaga perindustrian, pertanian, komersial atau usaha niaga ekonomi lain yang baharu atau perkembangan atau kemajuan apa-apa usaha niaga yang sedia ada;
“perniagaan pemfaktoran Islam” ertinya perniagaan memperoleh hutang yang kena dibayar kepada mana-mana orang yang mematuhi prinsip Syariah;
“kemudahan pembiayaan Islam” ertinya—
(a)
apa-apa pendahuluan, pembiayaan atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama yang dipanggil yang mematuhi prinsip Syariah, dengan memberikan kepada orang yang kepadanya pendahuluan, pembiayaan atau kemudahan lain diberikan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada dana orang yang memberikan pendahuluan, pembiayaan atau kemudahan lain itu; atau
(b)
apa-apa liabiliti apa jua pun yang dilakukan bagi pihak mana-mana orang, yang mematuhi prinsip Syariah;
“perniagaan pemajakan Islam” ertinya perniagaan penyewaan atau penyewaan kecil harta atas sewa guna yang mematuhi prinsip
Syariah, bagi maksud menggunakan harta itu oleh penyewa guna, tidak kira sama ada penyewaan itu adalah dengan atau tanpa opsyen untuk membeli harta itu, termasuk pencarteran kapal, dan bagi maksud takrif ini, “harta” termasuklah apa-apa loji, jentera, kelengkapan atau catel lain yang terlekat atau akan dilekat pada muka bumi, dan “pencarteran kapal” ertinya pencarteran bot kosong sahaja dan tidak termasuk pengangkutan penumpang atau kargo melalui laut atau pencarteran kapal atas carter pelayaran atau masa;
“perniagaan pembrokeran wang Islam” ertinya perniagaan yang mengatur transaksi antara pembeli dengan penjual dalam pasaran wang atau pertukaran wang asing sebagai perantara yang fi
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 83
brokeraj dibayar atau akan dibayar sebagai balasannya dan yang mematuhi prinsip Syariah, tetapi tidak termasuk pembelian atau penjualan ringgit atau mata wang asing sebagai prinsipal dalam pasaran itu;
“perniagaan perbankan Islam Labuan” ertinya—
(a)
perniagaan menerima deposit atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau apa-apa akaun lain yang mematuhi prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(b)
perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan;
(c)
perniagaan kewangan Islam Labuan; atau
(d)
apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri, dalam apa-apa mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh
*Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] atau apa-apa undang-undang berkaitan lain yang sedang berkuat kuasa);
“perniagaan kewangan Islam Labuan” ertinya mana-mana perniagaan yang berikut yang mematuhi prinsip Syariah:
(a)
perniagaan kredit pembinaan Islam;
(b)
perniagaan tanda kredit Islam;
(c)
perniagaan kewangan pembangunan Islam;
(d)
perniagaan pemajakan Islam;
(e)
perniagaan pemfaktoran Islam;
(f)
perniagaan pembrokeran wang Islam; atau
(g)
apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri,
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271
dan 272 Akta 758.
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 705
yang dijalankan dalam mana-mana mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan lain yang berkuat kuasa) dan tidak termasuk apa-apa transaksi menurut skim pembiayaan yang diluluskan oleh Lembaga sebagai skim yang mematuhi prinsip
Syariah, yang menurutnya transaksi itu dikehendaki dengan ketat bagi maksud pematuhan menurut skim pembiayaan itu tetapi yang tidak akan dikehendaki bagi apa-apa skim pembiayaan lain;
“perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan” ertinya mana-mana daripada perniagaan yang berikut:
(a)
memberikan kemudahan pembiayaan yang mematuhi prinsip Syariah;
(b)
memberikan perkhidmatan perundingan dan penasihat yang berhubungan dengan perkara korporat dan pelaburan, termasuk berurus niaga dalam sekuriti, atau pembuatan dan pengurusan pelaburan, bagi pihak mana-mana orang, yang mematuhi prinsip Syariah;
(c)
menjalankan transaksi pertukaran wang asing, swap kadar keuntungan, berurus niaga dalam surat cara terbitan Islam atau surat cara kewangan terbitan Islam yang mematuhi prinsip Syariah atau apa-apa aktiviti pengurusan risiko serupa yang lain;
(d)
perniagaan kewangan Islam Labuan; atau
(e)
apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri, dalam mana-mana mata wang (termasuk ringgit jika dibenarkan oleh *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau mana-mana undang-undang berkaitan lain yang sedang berkuat kuasa);
“institusi berlesen Islam Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam Labuan di bawah Bahagian VI;
“modal berbayar”, berhubung dengan pemohon di bawah seksyen 63, 64 dan 65 atau pemegang lesen bank Islam, ertinya amaun wang yang dicarum oleh pesertanya bagi membolehkannya menjalankan perniagaan tetapi tidak termasuk kemudahan pembiayaan yang diberikan kepadanya oleh pesertanya.
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 85
Pelesenan perniagaan perbankan Islam Labuan
Perniagaan perbankan Islam Labuan hendaklah dijalankan hanya di bawah lesen