Malaysia legislation

Section 61

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 61

(a)

ia merupakan suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing, yang ditubuhkan atau didaftarkan bagi maksud semata-mata dan eksklusif untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan di mana-mana lokasi yang dibenarkan oleh Lembaga; atau

(b)

ia merupakan suatu bank Malaysia, dan memegang suatu lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan itu.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi bank Labuan melainkan jika bank Labuan memperoleh kelulusan Lembaga terlebih dahulu untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan hendaklah dijalankan hanya di bawah lesen