Malaysia legislation
Section 63
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 63
(2)
Suatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan oleh suatu syarikat Labuan hendaklah disertakan dengan yang berikut:
(a)
dokumen konstituen pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh pegawai pemohon mengikut cara sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga;
(b)
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
(i)
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon itu;
(ii)
perniagaan utama dan tempat perniagaan utama pemohon; dan
(iii)
nama dan alamat pengarah pemohon dan peserta yang setiap seorangnya memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 87
(c)
suatu pernyataan mengenai nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi semua pegawai yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Islam Labuan pemohon di Labuan;
(d)
suatu pindaan yang dicadangkan kepada dokumen konstituen pemohon yang kesannya ialah tujuan semata-mata dan eksklusif syarikat Labuan itu adalah menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan;
(e)
jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan yang—
(i)
merupakan subsidiari suatu syarikat pemegang, suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit bagi perniagaan syarikat pemegangnya bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
(ii)
bukan subsidiari mana-mana perbadanan, suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan pesertanya yang setiap satu memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
(f)
suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam Labuannya, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh diterima oleh
Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa—
(i)
pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam
Labuannya;
(ii)
tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu Lembaga; dan
Undang-Undang Malaysia 88
Akta 705
(iii)
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Islam Labuannya hendaklah merupakan orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah dibuat hanya selepas berunding dengan
Lembaga.
(3)
Suatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan oleh suatu syarikat Labuan yang dicadangkan untuk diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 (“syarikat Labuan yang dicadangkan”) hendaklah disertakan dengan yang berikut:
(a)
dokumen konstituen yang dicadangkan pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh mana-mana pegawainya mengikut apa-apa cara yang boleh diterima oleh Lembaga;
(b)
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
(i)
nama, tempat dan tarikh penubuhan yang dicadangkan bagi pemohon;
(ii)
perniagaan utama yang dicadangkan bagi pemohon dan tempat perniagaan utama yang dicadangkan bagi pemohon; dan
(iii)
nama dan alamat pengarah pemohon dan peserta yang dicadangkan yang setiap satu memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih;
(c)
suatu pernyataan mengenai nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi semua pegawai yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Islam Labuan pemohon;
(d)
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit bagi perniagaan peserta yang dicadangkan yang setiap satu akan memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonannya; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 89
(e)
jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan oleh pesertanya yang dicadangkan bahawa mereka akan menyebabkan syarikat Labuan yang dicadangkan itu, apabila diperbadankan, mendapatkan jaminan dan memberikan suatu aku janji sebagaimana yang disebut dalam perenggan (2)(f).
(4)
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan oleh suatu syarikat Labuan asing hendaklah disertakan dengan yang berikut:
(a)
dokumen konstituennya yang disahkan dengan sewajarnya mengikut apa-apa cara oleh mana-mana pegawainya sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga;
(b)
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
(i)
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
(ii)
perniagaan utama dan tempat perniagaan utama pemohon; dan
(iii)
nama dan alamat pengarah pemohon dan peserta yang setiap satu memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih;
(c)
suatu pindaan yang dicadangkan kepada dokumen konstituen pemohon yang kesannya bahawa tujuan semata-mata dan eksklusif syarikat Labuan asing itu adalah menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan;
(d)
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit bagi perniagaan pemohon bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu; dan
(e)
suatu aku janji yang diberikan oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam Labuan, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga, dan aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa—
(i)
pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam
Labuannya;
Undang-Undang Malaysia 90
Akta 705
(ii)
jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia hendaklah dengan segera memberitahu
Lembaga tentang apa-apa pertukaran mengenai pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan
(iii)
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Islam Labuannya hendaklah merupakan orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah dibuat hanya selepas berunding dengan
Lembaga.
(5)
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan oleh suatu syarikat asing yang memohon didaftarkan sebagai syarikat Labuan asing di bawah Akta Syarikat
Labuan 1990 (“syarikat Labuan asing yang dicadangkan”), hendaklah disertakan dengan yang berikut:
(a)
dokumen konstituen yang di bawahnya ia hendak ditubuhkan, yang disahkan dengan sewajarnya mengikut apa-apa cara oleh mana-mana pegawai yang dicadangkannya sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga;
(b)
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
(c)
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
(i)
nama, tempat dan tarikh penubuhan syarikat asing;
(ii)
perniagaan utama dan tempat perniagaan utama syarikat asing;
(iii)
nama dan alamat pengarah syarikat asing;
(iv)
nama dan alamat peserta syarikat asing yang setiap satu memegang sepuluh peratus modal berbayar atau lebih syarikat asing itu; dan
(v)
nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi, semua pegawai syarikat Labuan asing yang dicadangkan yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Islam Labuannya; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 91
(d)
suatu aku janji yang diberikan oleh syarikat asing sebagaimana yang disebut dalam perenggan (4)(e).
(6)
Sesuatu permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan oleh suatu bank Malaysia hendaklah disertakan dengan yang berikut:
(a)
dokumen konstituen pemohon yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pegawai pemohon mengikut cara sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga;
(b)
suatu salinan kunci kira-kira yang diaudit mengenai perniagaan pemohon bagi setiap tiga tahun kewangan sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
(c)
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
(i)
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
(ii)
perniagaan utama dan tempat perniagaan utama pemohon; dan
(iii)
nama dan alamat pengarah pemohon dan peserta yang setiap satu memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih; dan
(d)
suatu pernyataan mengenai nama, alamat, kelayakan, pengalaman bekerja dan jawatan yang dicadangkan bagi semua pegawai yang akan bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan perbankan Islam Labuan pemohon.
Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan