Malaysia legislation

Section 66

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 66

Maklumat tambahan

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, selepas menerima permohonan di bawah seksyen 63, 64 atau 65 dan sebelum suatu penentuan dibuat, secara lisan atau secara bertulis, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat tambahan secara lisan atau bertulis, atau untuk memberikan apa-apa dokumen tambahan, sebagaimana yang dianggap perlu oleh Lembaga bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi pemberian lesen itu.

Section 66 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010