Malaysia legislation
Section 67
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 67
Pemberian lesen oleh Lembaga
(2)
Jika Lembaga menolak permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.
(3)
Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen itu kepada pemohon setelah pemohon berpuas hati dengan apa-apa syarat yang dikenakan di bawah permohonan bagi lesen itu.
(4)
Sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut peruntukan Akta ini.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 93
(5)
Tiada pemohon boleh diberikan suatu lesen di bawah seksyen ini tanpa keizinan bertulis Lembaga jika dana modalnya adalah kurang daripada sepuluh juta ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing dalam bentuk tunai atau apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga.
(6)
Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen bank Islam, mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan lesen itu, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.
Kehendak untuk menggunakan, dan sekatan mengenai penggunaan, perkataan “bank Islam Labuan”, dsb.