Malaysia legislation
Section 68
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 68
(2)
Pemegang lesen bank Islam hendaklah, dalam apa-apa kepala bil, borang bercetak, kertas surat, notis, iklan, atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan daripada pejabatnya dan dalam urusan perniagaannya, dengan secara menonjol mencetak nama, nombor lesennya dan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan Islam Labuan”, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Tiada seorang pun, yang bukan pemegang lesen bank Islam, boleh, tanpa keizinan bertulis Lembaga, mengambil alih atau menggunakan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan
Islam Labuan” atau apa-apa terbitan perkataan sedemikian dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan orang itu menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
Undang-Undang Malaysia 94
Akta 705
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, sebagai tambahan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Pengekalan nisbah kecukupan modal