Malaysia legislation

Section 69

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 69

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam hendaklah mengekalkan pada setiap masa, apa-apa nisbah kecukupan modal, sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa dan tiada pemegang lesen bank Islam boleh menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan jika nisbah kecukupan modal yang ditentukan itu tidak dipatuhi, kecuali dengan kelulusan Lembaga.

(3)

Pemegang lesen bank Islam hendaklah pada setiap masa mengekalkan wang modalnya untuk mencerminkan nisbah modal dibeban risiko sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh

Lembaga dari semasa ke semasa.

(4)

Lembaga boleh mengarahkan pemegang lesen bank Islam untuk mengambil langkah yang sesuai untuk membetulkan apa-apa kekurangan dalam apa-apa nisbah yang ditentukan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Pindaan atau pengubahan dokumen konstituen pemegang lesen bank Islam