Malaysia legislation
Section 70
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 70
(2)
Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu bank Malaysia hendaklah dalam masa tiga bulan selepas pembuatan apa-apa pindaan atau pengubahan kepada dokumen konstituennya, memberi Lembaga butir-butir bertulis mengenai pindaan atau pengubahan sedemikian yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah pemegang lesen bank Islam itu mengikut cara yang boleh diterima oleh
Lembaga.
(3)
Tiada pemegang lesen bank Islam boleh membuat apa-apa pindaan atau pengubahan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis kepada dokumen konstituennya.
(4)
Tiada peserta pemegang lesen bank Islam yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemegang lesen bank Islam atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu dan, jika pemegang lesen bank Islam itu ialah suatu syarikat
Labuan asing, pemegang lesen bank Islam itu hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pertukaran dalam pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.
Lembaga hendaklah menyiarkan senarai pemegang lesen bank
Islam Labuan