Malaysia legislation
Section 76
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 76
(a)
harta yang pada masa polisi itu dibuat terletak di Malaysia atau dalam transit ke atau dari Malaysia;
Undang-Undang Malaysia 98
Akta 705
(b)
suatu kapal atau suatu pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia dan segala liabiliti yang timbul daripada pengendalian kapal atau pesawat udara itu;
(c)
kehidupan apa-apa kontingensi yang berkaitan dengan mana-mana orang yang, pada masa polisi itu dibuat, ialah seorang pemastautin; atau
(d)
suatu risiko daripada apa-apa jenis berkenaan dengan mana-mana orang yang, pada masa polisi itu dibuat, ialah seorang pemastautin;
“takaful keluarga” ertinya takaful bagi manfaat individu dan keluarganya;
“perniagaan takaful keluarga” ertinya perniagaan takaful yang berhubungan dengan takaful keluarga;
“perniagaan takaful am” ertinya perniagaan takaful yang bukan perniagaan takaful keluarga tetapi termasuklah perniagaan takaful yang berhubungan dengan bantuan kewangan bersama dan bantuan kepada peserta bagi kerugian yang timbul daripada kecelakaan seperti kemalangan, api, banjir dan kecurian;
“perniagaan takaful kaptif Labuan” ertinya perniagaan takaful
Labuan yang peserta dalam perniagaan takaful itu merupakan syarikat berkaitan atau perbadanan sekutu bagi pengendali takaful
Labuan atau yang peserta dalam perniagaan takaful itu merupakan mana-mana orang lain yang berkenaan dengannya pengendali takaful Labuan itu diberi kuasa oleh Lembaga untuk menyediakan takaful atau takaful semula;
“perniagaan takaful semula Labuan” ertinya suatu perniagaan yang mematuhi prinsip Syariah yang menurutnya pengendali takaful semula Labuan mengambil alih suatu bahagian liabiliti di bawah kontrak takaful asal bagi seorang pengendali takaful lain atau pengendali takaful semula;
“pengendali takaful semula Labuan” ertinya seorang pengendali takaful Labuan yang menjalankan perniagaan takaful semula
Labuan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 99
“broker takaful Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk—
(a)
mengaturkan perniagaan takaful Labuan bagi pihak bakal atau pemunya polisi sedia ada;
(b)
mengaturkan perniagaan takaful semula Labuan bagi pihak mana-mana pengendali takaful yang mahukan takaful semula; atau
(c)
menganalisis hal keadaan kewangan seorang lain dan menyediakan suatu rancangan untuk memenuhi keperluan dan objektif kewangan orang lain itu, sama ada atau tidak suatu fi dikenakan berhubung dengannya;
“perniagaan takaful Labuan” ertinya perniagaan takaful termasuklah perniagaan takaful kaptif Labuan, perniagaan takaful semula Labuan dan perniagaan takaful lain yang diluluskan oleh
Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan takaful yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di
Malaysia;
“pengurus takaful Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pengurusan atau pentadbiran yang berkaitan dengan perniagaan takaful Labuan tetapi tidak termasuk pengurus pengunderaitan takaful Labuan;
“pengendali takaful Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful Labuan;
“pengurus pengunderaitan takaful Labuan” ertinya seseorang, yang bukan pekerja bona fide, yang dilesenkan untuk menyediakan perkhidmatan pengunderaitan, termasuk pentadbiran perniagaan, kepada seorang pengendali takaful Labuan atau lebih;
“pengendali takaful Malaysia” ertinya seorang pengendali takaful yang dilesenkan di bawah *Akta Takaful 1984 [Akta 312];
“pendapatan caruman bersih” berhubung dengan suatu tahun kewangan, ertinya caruman yang diterima di bawah kontrak takaful atau takaful semula selepas menolak apa-apa caruman yang kena dibayar yang diatur berkenaan dengan kontrak takaful atau takaful semula itu;
*CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.
Undang-Undang Malaysia 100
Akta 705
“polisi” ertinya suatu perakuan takaful dan apa-apa sebutan mengenai polisi pengendali takaful Labuan dan termasuklah suatu rujukan mengenai apa-apa polisi yang berkenaan dengannya pengendali takaful Labuan itu berada di bawah apa-apa liabiliti, sama ada polisi itu dikeluarkan oleh pengendali takaful Labuan atau liabiliti itu telah dipindahkan kepada pengendali takaful
Labuan daripada seorang pengendali takaful lain;
“pemunya polisi” ertinya mana-mana orang yang mengambil sesuatu polisi;
“takaful” ertinya suatu skim yang mematuhi prinsip Syariah yang berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan bantuan kewangan bersama dan bantuan kepada peserta apabila diperlukan yang menurutnya pesertanya bersetuju secara bersama untuk mencarum bagi maksud itu;
“perniagaan takaful” ertinya perniagaan takaful yang matlamatnya dan pengoperasiannya mematuhi prinsip Syariah;
“perakuan takaful” termasuklah apa-apa kontrak takaful bertulis sama ada atau tidak terkandung dalam atau dibuktikan melalui suatu surat cara dalam bentuk perakuan takaful;
“lesen takaful” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah
Bahagian ini;
“pemegang lesen takaful” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Bahagian ini;
“pengendali takaful” ertinya seseorang yang mengendalikan perniagaan takaful;
“dana kerja” ertinya—
(a)
berhubung dengan syarikat Labuan, modal berbayar tidak tercacat dengan kerugian; atau
(b)
berhubung dengan syarikat Labuan asing atau suatu cawangan pengendali takaful Malaysia, lebihan aset mengatasi liabiliti yang kena disenggarakan dalam buku bagi pejabatnya di Labuan;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 101
(2)
Jika lima belas peratus atau lebih syer mengundi sesuatu perbadanan dipegang oleh suatu perbadanan yang lain, perbadanan yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan sebagai perbadanan sekutu bagi perbadanan yang satu lagi, dan apa-apa sebutan mengenai “perbadanan sekutu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perbadanan yang mula-mula disebut itu atau perbadanan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pelesenan
Pelesenan perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan