Malaysia legislation

Section 77

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 77

(a)

syarikat Labuan;

(b)

syarikat Labuan asing; atau

(c)

cawangan suatu pengendali takaful Malaysia, dan memegang lesen takaful yang sah.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu penanggung insurans

Labuan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 boleh menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengurusniagakan apa-apa perniagaan takaful Labuan jika penanggung insurans Labuan itu telah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu Lembaga.

(3)

Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengurusniagakan apa-apa perniagaan sebagai pengurus takaful

Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan atau apa-apa aktiviti berkaitan takaful Labuan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga melainkan jika orang itu memegang lesen takaful yang sah.

Undang-Undang Malaysia 102

Akta 705

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), suatu pengurus insurans

Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans

Labuan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 boleh menjalankan atau mengurusniagakan apa-apa perniagaan sebagai pengurus takaful

Labuan, pengurus pengunderaitan takaful atau broker takaful

Labuan atau apa-apa aktiviti berkaitan takaful Labuan lain jika pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu Lembaga.

(5)

Kecuali dengan kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu, seseorang yang bukan pemegang lesen takaful tidak boleh memakai atau menggunakan perkataan “pengendali takaful Labuan”,

“pengurus takaful Labuan”, “pengurus pengunderaitan takaful

Labuan”, “broker takaful Labuan” atau apa-apa terbitan daripada perkataan itu dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan perniagaan takaful Labuan atau aktiviti berkaitan takaful Labuan oleh orang itu.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi pemegang lesen bank atau pemegang lesen bank Islam yang mengagihkan produk takaful bagi pengendali takaful Labuan yang telah mendapatkan kebenaran

Lembaga terlebih dahulu.

Permohonan bagi lesen takaful untuk menjalankan perniagaan takaful Labuan

Section 77 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010