Malaysia legislation

Section 78

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 78

(a)

pemohon ialah, atau akan menjadi, suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau suatu cawangan pengendali takaful Malaysia;

(b)

dana kerja pemohon—

(i)

dalam hal jika pemohon itu bercadang untuk menjalankan sama ada perniagaan takaful keluarga atau perniagaan takaful am, adalah sekurang-kurangnya tujuh juta lima ratus ribu ringgit

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 103

atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(ii)

dalam hal jika pemohon itu bercadang untuk menjalankan perniagaan takaful semula Labuan semata-mata, adalah sekurang-kurangnya sepuluh juta ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; atau

(iii)

dalam hal jika pemohon bercadang untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan semata-mata, adalah sekurang-kurangnya tiga ratus ribu ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(c)

jumlah wang yang dinyatakan dalam perenggan (b)

disenggarakan dalam akaunnya dengan bank di Labuan, sebagaimana yang dibuktikan oleh perakuan bank itu, pada masa permohonan itu dibuat;

(d)

orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai untuk mempunyai kaitan dengan pengendali takaful Labuan;

(e)

pemohon itu sama ada—

(i)

telah menubuhkan, atau akan menubuhkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi bagi perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan; atau

(ii)

telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus pengunderaitan takaful Labuan berlesen atau pengurus takaful Labuan di Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi bagi perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan;

Undang-Undang Malaysia 104

Akta 705

bagi maksud perenggan (ii), kecuali berkenaan dengan pemohon yang memohon untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan, pemohon itu hendaklah melantik hanya seorang pengurus pengunderaitan takaful Labuan;

dan

(f)

pemohon akan menjadi anggota suatu persatuan yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(b), Lembaga boleh, setelah mengambil kira takat dan jumlah perniagaan takaful Labuan yang dicadangkan dijalankan oleh pemohon, menentukan suatu amaun dana kerja yang lebih rendah, tertakluk pada pemohon memberikan jaminan yang mencukupi atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh diterima oleh Lembaga bagi perbezaan amaun itu.

(3)

Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan takaful Labuan hendaklah—

(a)

dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Lembaga;

(b)

menyatakan sama ada perniagaan takaful Labuan itu berkaitan dengan perniagaan takaful keluarga atau perniagaan takaful am;

(c)

menyatakan jenis perniagaan takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang akan dijalankan di bawah lesen takaful;

(d)

menyatakan pelan perniagaan pemohon; dan

(e)

disertakan dengan—

(i)

suatu salinan—

(aa) dokumen konstituen pemohon, yang telah disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah atau pegawai pemohon;

(bb) resolusi lembaga dan mesyuarat agung, jika ada, pemohon, yang telah disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah atau pegawai pemohon, yang membenarkan pemohon untuk membuat permohonan bagi mendapatkan lesen takaful;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 105

(cc)

perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, diperakui oleh pihak berkuasa mendaftar yang berkaitan di tempat penubuhan atau tempat asal pemohon;

dan

(dd)

kecuali berhubung dengan permohonan untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan, suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan tempatan pemohon atau apa-apa pihak berkuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(ii)

suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan;

(iii)

suatu pernyataan mengenai—

(aa) nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;

(bb) nama, alamat, kelayakan dan pengalaman p e n g a r a h d a n p e g a w a i y a n g bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon itu; dan

(cc)

nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih;

(iv)

suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dengan pengurusan pengendali takaful Labuan yang dicadangkan itu; dan

(v)

dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat

Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan, dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau cawangan pengendali takaful Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan takaful Labuannya, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk sebagaimana

Undang-Undang Malaysia 106

Akta 705

yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan serta aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa—

(aa) pemohon itu hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan takaful Labuannya;

(bb) jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu dan, jika pemohon ialah suatu syarikat

Labuan asing, bahawa ia hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga tentang pertukaran pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan

(cc)

tiap-tiap pengarah atau pegawai principal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan takaful Labuannya hendaklah menjadi orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah hanya dibuat selepas berunding dengan Lembaga.

(4)

Subperenggan (3)(e)(v) tidak terpakai bagi suatu permohonan untuk menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan jika pemunya polisi ialah suatu perbadanan berkaitan atau perbadanan sekutu pengendali takaful Labuan.

(5)

Lembaga boleh menghendaki apa-apa maklumat atau dokumen lain daripada pemohon sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga bagi maksud memutuskan permohonan itu.

(6)

Maklumat atau dokumen yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (5) boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan berlainan bagi pemohon sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 107

(7)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh dibuat berhubung dengan orang yang belum ditubuhkan di bawah Akta

Syarikat Labuan 1990 tetapi akan ditubuhkan sekiranya orang itu memperoleh suatu lesen takaful, dan dalam hal sedemikian, kehendak subseksyen (1) boleh diubah oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

Permohonan bagi lesen takaful untuk menjalankan aktiviti berkaitan takaful Labuan

Section 78 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010