Malaysia legislation
Section 79
of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010
Seksyen 79
Labuan hendaklah memuaskan hati Lembaga bahawa—
(a)
orang yang mengawal, pengarah dan pegawai prinsipal pemohon ialah orang yang layak dan sesuai;
(b)
pemohon berupaya mengekalkan kumpulan wang yang cukup dalam perniagaannya untuk menampung perbelanjaan operasi dan pengurusannya di Labuan selama sekurang-kurangnya enam bulan;
(c)
berkenaan dengan pemohon bagi lesen takaful untuk menjalankan perniagaan pengurus takaful Labuan atau pengurus pengunderaitan Labuan—
(i)
pemohon telah mewujudkan, atau akan menubuhkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan; atau
(ii)
pemohon telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus takaful Labuan berlesen atau pengurus pengunderaitan takaful Labuan di
Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan takaful
Labuan yang hendak dijalankan untuk bertindak sebagai pengurusannya di Labuan;
Undang-Undang Malaysia 108
Akta 705
(d)
berkenaan dengan pemohon bagi mendapatkan lesen takaful untuk menjalankan perniagaan sebagai broker takaful Labuan—
(i)
pemohon telah mewujudkan, atau akan mewujudkan, pengurusannya di Labuan dengan pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi tentang perniagaan takaful Labuan yang hendak dijalankan; atau
(ii)
pemohon telah melantik, atau akan melantik, seorang pengurus takaful Labuan berlesen di
Labuan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi tentang perniagaan takaful
Labuan yang hendak dijalankan untuk bertindak sebagai pengurusannya di Labuan;
(e)
pemohon sama ada telah memperoleh atau akan memperoleh apa-apa insurans tanggung rugi profesional atau polisi takaful tanggung rugi profesional yang tidak kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan terus ditanggung rugi di bawah polisi itu sepanjang operasinya di Labuan;
(f)
pemohon memegang apa-apa kelayakan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan
(g)
pemohon akan menjadi anggota suatu persatuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(2)
Tiap-tiap permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful
Labuan atau broker takaful Labuan hendaklah—
(a)
dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Lembaga;
(b)
menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di bawah lesen takaful itu; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 109
(c)
disertakan dengan—
(i)
suatu salinan—
(aa) dokumen konstituen pemohon, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon;
(bb) ketetapan lembaga dan mesyuarat agung, jika ada, pemohon, yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarah atau pegawai pemohon, yang memberi kuasa kepada pemohon untuk memohon bagi mendapatkan suatu lesen takaful;
(cc)
perakuan pemerbadanan atau pendaftaran pemohon, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperakui oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkaitan di tempat penubuhan atau asal pemohon;
dan
(dd)
suatu surat kesedaran daripada pihak berkuasa penyeliaan negara asal pemohon atau apa-apa pihak berkuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(ii)
suatu salinan akaun tahunan pemohon yang telah diaudit bagi tiga tahun berturut-turut sebaik sebelum permohonan itu, jika berkenaan;
(iii)
suatu pernyataan mengenai—
(aa) nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;
(bb) nama, alamat, kelayakan dan pengalaman p e n g a r a h d a n p e g a w a i y a n g bertanggungjawab bagi pengurusan keseluruhan hal ehwal pemohon; dan
(cc)
nama dan alamat setiap anggota yang memegang lima belas peratus syer mengundi pemohon atau lebih;
Undang-Undang Malaysia 110
Akta 705
(iv)
suatu perisytiharan oleh pemohon mengenai kejujuran pengarah dan pegawai pemohon yang akan terlibat dalam pengurusan pengurus takaful
Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan, yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(v)
dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat
Labuan, suatu jaminan yang didapatkan dan suatu aku janji yang diberikan, dan, dalam hal suatu permohonan oleh suatu syarikat Labuan asing atau suatu cawangan pengendali takaful
Malaysia, suatu aku janji yang diberikan, oleh pemohon berkenaan dengan perniagaan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful
Labuan atau broker takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut apa-apa cara dan apa-apa bentuk yang boleh diterima oleh Lembaga, dan jaminan dan aku janji itu hendaklah memperuntukkan, antara lain, bahawa—
(aa) pemohon hendaklah mematuhi obligasi kewangan dan kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini dan hendaklah menjelaskan liabiliti pemohon berkenaan dengan perniagaan pengurus takaful Labuan, pengurus pengunderaitan takaful Labuan atau broker takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(bb) jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan, tiada peserta pemohon yang memegang sepuluh peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
Lembaga dan, jika pemohon ialah suatu syarikat Labuan asing, bahawa ia hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga tentang apa-apa perubahan mengenai pesertanya yang memegang sepuluh peratus modal berbayarnya atau lebih; dan
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 111
(cc)
tiap-tiap pengarah atau pegawai prinsipal pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan pengurus takaful
Labuan, pengurus pengunderaitan takaful
Labuan atau broker takaful Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi orang yang layak dan sesuai dan pelantikan pengarah atau pegawai prinsipal itu hendaklah hanya dibuat selepas berunding dengan Lembaga.
(3)
Lembaga boleh menghendaki apa-apa maklumat atau dokumen lain daripada pemohon sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga bagi maksud memutuskan permohonan itu.
(4)
Perkara yang dinyatakan di bawah subseksyen (2) boleh berbeza antara pemohon, atau kelas, kategori atau perihalan berlainan bagi pemohon.
Pemberian lesen takaful