Malaysia legislation

Section 80

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 80

(2)

Jika Lembaga menolak permohonan itu, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.

(3)

Jika Lembaga meluluskan lesen takaful di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen takaful itu kepada pemohon.

(4)

Lembaga boleh menentukan jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen takaful dalam lesen takaful itu.

(5)

Seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (1) apabila permohonannya ditolak, boleh dalam masa tiga puluh hari selepas keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis.

Undang-Undang Malaysia 112

Akta 705

(6)

Pemegang lesen takaful hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah lesen yang diberikan menurut subseksyen (1) selama tempoh lesen itu.

(7)

Lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia diserahkan balik atau dibatalkan mengikut peruntukan Akta ini.

(8)

Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen takaful mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan suatu lesen takaful, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.

Penyiaran senarai semua pemegang lesen takaful Labuan

Section 80 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010