Malaysia legislation

Section 82

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 82

(2)

Tiap-tiap pengendali takaful Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing hendaklah, sebelum membuat apa-apa

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 113

pertukaran pegawai prinsipalnya, memberikan butir-butir secara bertulis kepada Lembaga mengenai apa-apa pertukaran yang dicadangkan untuk kelulusan Lembaga.

(3)

Tiap-tiap pengendali takaful Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu cawangan pengendali takaful

Malaysia hendaklah memberitahu secara bertulis dalam masa tiga bulan selepas membuat apa-apa pindaan atau pengubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau apa-apa pertukaran orang yang mengawal atau, pengarahnya, memberikan butir-butir bertulis kepada Lembaga mengenai pindaan, perubahan atau pertukaran itu yang disahkan dengan sewajarnya oleh pengarahnya mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga.

(4)

Tiap-tiap pemegang lesen takaful Labuan hendaklah dengan serta-merta memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan atau pengubahan kepada apa-apa maklumat yang telah diberikan kepada

Lembaga berkaitan dengan permohonan bagi lesen takaful itu.

(5)

Tiada pengendali takaful Labuan boleh membuat apa-apa pindaan atau pengubahan kepada dokumen konstituennya yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis.

(6)

Jika pengendali takaful Labuan merupakan suatu syarikat

Labuan, tiada peserta pengendali takaful Labuan yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh diubah tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika pengendali takaful Labuan itu ialah suatu syarikat Labuan asing, pengendali takaful itu hendaklah dengan segera memberitahu

Lembaga mengenai apa-apa pertukaran mengenai pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.

Kehendak kewangan dan kewajipan dan sekatan ke atas pemegang lesen takaful

Pelantikan aktuari